Tanda-Tandanya boleh berlaku seperti di bawah ini:
Anda
akan mempunyai sikap seperti seorang wanita(jika lelaki yang dicintai jin wanita) seperti sangat kuat emosi seperti
pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan
sebagainya.
Anda
sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi
kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang
jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan
menggeletar.(lelaki atau perempuan)
Anda
suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya
berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada
sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya)
Anda
suka bersendirian berjalan malam.
Anda
suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.
Anda
sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda
sendiri tak tahu pada siapa.
Nota
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.
Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.
Begitu
juga ia bergantung kepada kekuatan dan perangai jin betina itu sendiri, di mana
kalau ianya sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana saja anda
pergi, maka kesan gangguan itu akan anda rasa pada banyak masa, tak kira siang
atau malam.
Anda
mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama
atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali
nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang
penuh rasa rindu dan cinta.
Anda
mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang
sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan
antara tidur dan jaga.
Anda
mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.
Dan
kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya,
kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi
sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat.
Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)
Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.
(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)
Pada
gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia,
maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.
Anda
mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya
dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.
Anda
mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya,
walaupun anda mungkin tidur seorang diri.
Mungkin
pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan
mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu
sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan.
Kecuali
kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan
pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan
hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang
sedang marah.
Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.
Anda
mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.
Orang
lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda.
Kalau
anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari
berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.
Kalau
dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda
selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau
tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya.
Nafsu
anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil
kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang
tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman.
