PELATIHAN


Anugerah Agung Spiritual Development Centre adalah suatu Pusat Pelatihan dan Pengembangan Spiritual dan Potensi Bawah Sedar manusia yang didirikan di Bandar Kuching,Sarawak,Malaysia,pada awal tahun 2005 oleh MahaGuru Mohamad Rizal Bin Rosdi. Beliau adalah seorang yang begitu serius menekuni bidang spiritual,meditasi,kuasa minda,tenaga dalam,bela diri,motivasi,terapi alternatif  dan pengubatan herba.

Dalam perkembangannya, beliau telah berhasil mengembangkan sebuah method pelatihan yang telah ditemukan dan diformulasikan serta disusun oleh MahaGuru Rizal sejak tahun 1991 dimana method pelatihan yang sederhana, selamat dan sangat efektif  dan berkesan dengan hasil nyata luarbiasa guna mengolah semua potensi bawah sedar manusia. Susunan dan kemasan baru keilmuan ternyata mendapat sambutan yang baik masyarakat kerana mudah difahami dan dimengerti oleh segala kalangan tanpa memandang Suku,Agama atau Ras. Method tersebut memang sengaja kami rancang sedemikian rupa guna memudahkan setiap orang untuk mempelajarinya. Melalui metode eksperiental self-training semua peserta akan terlibat secara interaktif dalam proses pelatihan, sehingga mereka akan mendapatkan berbagai macam pengalaman unik dan mengagumkan secara langsung. Misi utama kami adalah memberikan suatu konsep pemahaman yang benar tentang kemampuan bawah sedar manusia beserta aplikasi dan metode pelatihannya kepada masyarakat umum. Sehingga masyarakat tidak lagi terperangkap dalam pemahaman tradisional yang menganggap aplikasi kemampuan bawah sedar sebagai suatu bentuk kegiatan klenik, mistis dan shamanisme / perdukunan.

PROGRAM PELATIHAN

Program pelatihan yang kami kembangkan adalah program ANUGERAH AGUNG. Semua rangkaian pelatihan dalam program ini bertujuan untuk mengembalikan keseimbangan fungsi kerja semua unsur dalam diri manusia, terutama keseimbangan fungsi kerja otak kiri dan otak kanan, secara alami. Mengapa harus dalam keseimbangan? Kerana hanya dalam keadaan yang seimbang tersebut aliran energi kehidupan manusia ( mikro kosmos ) dapat mengalir seirama dengan aliran energi kehidupan alam semesta ( makro kosmos ). Dan jika sudah terjadi keselarasan antara mikro kosmos dan makro kosmos, maka seluruh potensi bawah sedar murni yang dimiliki manusia dapat dimunculkan dan diolah secara maksimum. Dalam program ini kami tidak menggunakan “unsur-unsur” atau sesuatu yang berasal dari luar diri manusia- seperti jin, susuk, dll. untuk mengembangkan dan mengolah potensi bawah sedar manusia. Sehingga hasil yang nantinya diperoleh merupakan hasil yang murni dari dalam diri manusia.

“Apa pun yang berasal dari luar bukanlah intuisi. Intuisi adalah sesuatu yang berasal dari dalam diri sendiri dan memberikan kepuasan, kelegaan dan kebahagiaan…..”
(MahaGuru Rizal)

ANDA TAK PERLU KECEWA DALAM KEHIDUPAN INI. INGAT... BAHAWA DIRI ANDA DICIPTAKAN DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN. TAHUKAH ANDA BAHAWA TERDAPAT HARTA KARUN YANG AMAT BANYAK DALAM DIRI ANDA.

ADAKAH ANDA TAHU CARA MENEROKAINYA?.....

PERBAGAI KAEDAH TELAH DI PERKENALKAN,
TETAPI KAEDAH KAMI DI ANUGERAH AGUNG LEBIH MUDAH DAN BERKESAN.

Jangan biarkan minda anda tidur dan terus tidur,
Minda harus dididik agar lebih kreatif mencari idea.
Kita harus berlari dan terus berlari, mencari dan mencari,

Jangan biar diri anda ketinggalan

BINA SEMULA DIRI ANDA
DENGAN KEKUATAN YANG ADA PADA  ANDA
TEKNIK KAMI DI ANUGERAH AGUNG AKAN MEMBANTU ANDA MEMBINA KEKUATAN DALAMAN UNTUK KEJAYAAN ANDA.

KELEBIHAN UMAT ISLAM
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang mak'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang - orang yang fasik" Surah Ali Imran (110).

ALLAH MELARANG HAMBANYA BERPUTUS ASA
Dalam menempuh kehidupan ini pasti ada yang gagal. Namun membina semula kehidupan adalah diutamakan. Allah berfirman yang bermaksud, "Katakanlah, "Hai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Surah Az Zumar (53)

Allah Mengajak Kita Memikirkan Tentang Keajaiban CiptaanNya

Dalam firman Allah dalam surah Maryam, 19:66-67, yang bermaksud, “Dan berkata manusia, “betulkah apabila aku mati, bahawa aku sunguh-sunguh akan dibangkitkan menjadi hidup kembali?” Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, sedangkan ia tidak ada sama sekali”. Allah telah menjawab bahawa Ia berkuasa mencipta manusia dahulu dan kemudian ia berkuasa untuk mematikan manusia dan Ia juga berkuasa untuk menghidupkan semula.

Dalam hal penciptaan Alam semesta ini Allah telah berfirman, bahawa Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti siang dan malam, bahtera yang berlayar dilaut membawa apa yang berguna pada manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu ia hidupkan bumi sesudah mati (kemarau)nya, dan ia sebarkan dibumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya (terdapat) tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan” (Surah Al Baqarah, 2: 164.)

KEAJAIBAN
Manusia mempunyai lebih dari 1 trilion sel-sel yang mempunyai kapasiti tenaga lektrik lebih kurang 90 mV dengan muatan positif diluar membren sel dan muatan negatif didalamnya. Dengan mengaktifkan 3,000 sel saja akan menghasilkan  tenaga sebesar 270 volt, lebih besar dari tenaga TNB 220 volt. Bayangkan apabila kita dapat aktifkan 1 trilion sel. Itulah gambaran betapa dahsyatnya  manusia, andaikata hal itu dapat terjadi dalam tubuh manusia.

TENAGA DALAMAN

Terpancarnya tenaga dalaman apabila anda melatih diri anda dengan minda yang positif, latihan pernafasan teratur dan meditasi. Kuasa aura dan elektrik akan terbentuk dengan latihan dan keyakinan diri.Tenaga dalaman atau tenaga hayat adalah tenaga semulajadi yang memang sudah sediada dalam diri sesaorang manusia sejak dilahirkan.. Kajian mengenai tenaga dalaman ini sudah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu. Ia bermula dari tamadun Greek, tamadun Tanah Arab hingga tamadun China. Orang Jepun memanggil tenaga ini sebagai KI. Manakala orang China memanggil tenaga ini sebagai CHI. Tenaga ini merupakan pengerak utama sistem tubuh manusia. Tanpa tenaga ini tiada kehidupan di alam ini. Gabungan tenaga ini dengan tenaga yang berada di luar tubuh kita akan memberi kesan yang cukup hebat kepada sesaorang itu. Seorang yang berlatih atau mempraktikkan ilmu tenaga dalam akan mempunyai aura atau warna tenaga di sekeliling tubuhnya. Aura ini akan dapat dilihat dengan menggunakan kamera khas

SISTEM ALAM KOSMIK
 
Sistem cekerawala yang meliputi bumi, planet-planet, jutaan bintang di langit, jutaan bintang yang tidak di ketahui, matahari, bulan di sekitar planet, semuanya beredar dengan sendiri tanpa ada cacat celanya. Sistem yang maha hebat ini mempunyai penciptanya.

Firman Allah dalam surah Ath Thalaaq, ayat 65:12, “ ....... agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmunya benar-benar meliputi segala sesuatu”. Susunan yang teratur, peredaran yang konsisten, tidak berlaku kemalangan, saiz yang maha besar, luas dan jarak berjuta km, suhu yang berbeza dari suhu bumi, menunujukan alam ini amat ajaib

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGAMBIL DAN MENGABUNG TENAGA ALAM DAN TENAGA DALAMAN ANDA, UNTUK MEMBINA KEJAYAAN DIRI.

KAEDAH PERNAFASAN
DIAMALKAN SEJAK ZAMAN DAHULU LAGI
Pahlawan-pahlawan melayu dahulu mempunyai kekuatan luar biasa hasil amalan mereka mengenai teknik pernafasan. Apabila kita dapat menyedut masuk oksigen dengan banyak ke dalam paru-paru dengan kadar yang perlahan, maka ia dapat mententeramkan jiwa kita. Banyak kajian yang dibuat oleh penyelidik menunjukan pernafasan  yang perlahan dan mendalam (kuantiti yang masuk banyak)  dapat meningkatkan kesihatan dan memanjangkan umur manusia. Pernafasan yang mendalam dan nadi yang lambat adalah ciri manusia yang sihat
Sistem paru-paru  berfungsi secara automatik dan ia akan bertambah kuat bekerja apabila ada aktiviti gerak, seperti berlari, berjalan, naik tangga dan sebagainya. Ia kembali normal apabila anda dalam kedaan rehat atau tidur. Sepanjang hidup anda, paru-paru akan terus bekerja. Ia akan mengepam masuk dan keluar udara. Sistem paru-paru juga berhubung kait dengan sistem yang lain dalam badan.  Bila anda tarik nafas paru-paru akan mengembang dan apabila nafas di lepaskan paru-paru akan mengecil. Semuanya berlaku secara automatik. Tetapi kualiti dan kuantiti kita bernafas itu yang menentukan kadar aktiviti sel dan zarah dalam badan kita. Sistem otak dan pernafasan mempunyai peranan yang kuat dalam menentukan kejayaan aktiviti manusia itu.

Sistem yang wujud tersebut mesti ada yang menciptanya, dan ia tidak boleh berdiri dengan sendirinya. Sistem siang dan malam, sistem angin, sistem kilat, sistem guruh, sistem hujan, sistem pasang surut air laut dan sebagainya adalah satu sistem alam yang sungguh ajaib dan kompleks. Dan firman Allah lagi yang bermaksud,
 
“Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-ganang dan sungai-sungai padanya, Dan menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan. Allah menutup malam dengan siang, Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. Dan di bumi itu terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan dan kebun-kebun angur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. (Surah Ar Rad 13:3-4).

MINDA KREATIF ANDA MENGIKUT ARAHAN ANDA.
  • Bagaimana mengarahkan minda kreatif anda
  • Minda kreatif berkuasa keatas keadaan fizikal anda. Setiap organ berfungsi di bawah arahan minda kreatif anda
  • Pemikiran yang anda tanam dalam minda sedar anda diterima sebagai arahan oleh minda kreatif
  • Jika anda bersedih dan menung, minda kreatif akan menerima perlakuan anda itu tanpa sebarang persoalan, anda akan terus berkelakuan muram dan sedih.
  • Jika anda bersukaria dan dalam keadaan sukahati, maka minda kreatif akan menerimanya sebagai arahan dan terus memberi anda kegembiraan dalam kehidupan anda.
  • Begitu juga jika anda bersikap miskin dalam pemikiran anda, maka minda kreatif akan terus mencipta kemiskinan dalam kehidupan anda.
  • TETAPI JIKA PEMIKIRAN JUTAWAN DIWUJUDKAN MAKA AKAN TERCIPTALAH SEORANG JUTAWAN SUATU HARI NANTI
MEMILIKI DAN MENGGUNAKAN INVESTIGASI SUPERNATURAL ADALAH SATU KELEBIHAN KEPADA ANDA, IA MEMBANTU ANDA MEMBINA KEJAYAAN,MAKA SILAKAN ANDA MENYERTAI SERTA BERGABUNG BERSAMA KAMI DI ANUGERAH AGUNG SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTRE.

PENGENALAN

PARANORMAL: DARI SUDUT AGAMA, SAINS DAN KEPERCAYAAN Paranormal adalah gabungan dua perkataan iaitu para yang bermaksud menjangkaui ...