DIMANAKAH JIN
TINGGAL?
Foto Sekadar Ilustrasi
Sebagaimana makhluk lain, jin juga mempunyai
tempat tinggal. Lalu di manakah tempat tinggal jin?
a. Di rumah-rumah
Dari Sa'id Al Khudri dikatakan Rasulullah saw
bersabda: Di dalam rumah terdapat penghuni-penghuni (jin) maka jika kamu
melihat sesuatu (yang aneh) maka usirlah ia 3X kalau ia pergi maka biarkanlah,
tapi jika ia degil (tidak mau pergi) maka bunuhlah, sebab ia pasti jin kafir
(HR muslim)
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak
ada satu rumah orang muslim pun kecuali di atap rumahnya terdapat jin muslim.
Apabila ia menghidangkan makanan pagi, mereka (jin) pun ikut makan pagi bersama
mereka. Apabila makan petang dihidangkan, mereka (jin) juga ikut makan petang
bersama orang-orang muslim. Hanya saja, Allah menjaga dan menghalang
orang-orang muslim itu dari gangguan jin-jin tersebut "(HR Abu Bakar dalam
Kitab Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Atsqolani).
b. Di Jamban / WC
Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Sesungguhnya jamban-jamban (WC) itu dihuni oleh Jin" (HR
Abu Dawud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
c. Di Lubang-Lubang
Dari Abdullah bin Sarjas, Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Janganlah seseorang di antara kalian kencing di lubang".
Mereka bertanya kepada Qatadah: "Mengapa tidak boleh kencing di
lobang?" Qatadah menjawab: "Rasulullah Saw mengatakan kerana lubang
itu adalah tempat tinggalnya golongan jin "(HR Nasai dan Ahmad)
Telah menceritakan kepada kami Ubaidullah bin
Umar bin Maisarah telah menceritakan kepada kami Mu'adz bin Hisyam telah
menceritakan kepada saya Ayahku dari Qatadah dari Abdullah bin Sarjis
bahwasanya Rasulullah S.A.W. melarang kencing di lubang. Mereka bertanya kepada
Qatadah; "Apa yang membuat kencing di lubang dilarang?" Dia menjawab;
"Dikatakan bahawa ia adalah tempat tinggal jin." (HR Abu Daud No. 27
dan Imam Ahmad No. 19847) Nashiruddin Al-Albani mengatakan hadits ini dla 'if
namun Ibnu Hajar Asqolani, Yahya bin Ma'in, Al-Ajli dan Ibnu Hibban mengatakan
semua perawinya tsiqoh tsabat
d. Di Padang Pasir dan Goa
"Dari Ibnu Mas'ud ra berkata:"
Suatu hari kami (para sahabat) berkumpul bersama Rasulullah S.A.W. tiba-tiba kami kehilangan beliau, lalu kami
cari-cari di lembah-lembah dan kampung-kampung (akan tetapi kami tidak
mendapatkannya). Kami lalu berkata: "Rasulullah S.a.w. telah diculik dan
tebusan ". Pada malam itu, tidur kami betul-betul tidak menyenangkan.
Ketika pagi hari tiba, kelihatan Rasulullah S.A.W. sedang bergegas menuju kami dari arah sebuah
gua yang berada di tengah padang pasir. Kami lalu berkata: "Ya Rasulullah S.A.W.
malam tadi kami betul-betul kehilangan anda, lalu kami cari-cari kesana kemari
akan tetapi kami tidak mencari anda. Lalu kami tidur dengan sangat tidak
menyenangkan ". Rasulullah S.A.W. kemudian bersabda: "Malam tadi saya
didatangi oleh utusan dari kelompok Jin, ia membawa saya pergi menemui kaumnya
untuk mengajarkan al-Qur'an". (H.R. Muslim)
Sahl bin Abdullah telah menceritakan ketika
aku berada di salah satu kawasan tempat kaum 'Ad tiba-tiba aku melihat suatu
kota yang diperbuat daripada batu yang dilubangi. Di lubang batu itu yakni di
tengahnya terdapat sebuah bangunan yang dijadikan tempat tinggal para jin.Lalu
aku memasukinya, maka tiba-tiba aku bertemu seorang yang sudah tua dan sangat
besar tubuhnya sedang mengerjakan solat. Orang tua itu memakai jubah dari bulu
yang dianyam dengan sangat indahnya (Imam Ibnu Jauzi dalam Kitab Shafwatush
Shafwah)
e. Di Dalam Air
Dari Jabir Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Iblish mempunyai singgahsana di atas air" (HR Muslim
dan Ahmad, shahih menurut Imam Suyuthi)
f. Di Pasar
"Janganlah kalian menjadi orang yang
pertama kali masuk ke pasar atau menjadi orang yang paling akhir keluar dari
pasaran, kerana pasaran itu merupakan tempat berseterunya para syaithan. Dan di
pasarlah syaithan menancapkan benderanya "(HR Muslim)
g. Di Kandang Unta
"Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah kalian solat di kandang-kandang unta kerana di sana terdapat
syaithan, sholatlah di kandang kambing kerana dia itu membawa berkah" (HR
Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah).
h. Di Masjid Ada Jin?
Sering kita dengar cerita bahawa orang yang
melihat Jin berada di dalam masjid melaksanakan solat, atau orang yang tidur di
depan mihrab kemudian terbangun dalam keadaan berada di dalam bedug atau di
atas pokok (kerana dipindahkan oleh Jin) maka hal itu mungkin saja kerana
jin-jin memang juga berada di masjid, terutama jin yang muslim mereka juga ada
yang tinggal di masjid dan melaksanakan solat di masjid
Dari Abu Shalih dari Ibnu Abbas r.a. berkata
bahawa Jin telah berkata kepada Rasulullah S.A.W. : "Wahai Rasulullah ijinkahlah kami
(para jin) untuk ikut melakukan solat secara berjamaah bersamamu di masjid
mu" Maka Allah menurunkan firmanNya: "Dan sesungguhnya masjid-masjid
itu kepunyaan Allah, dan janganlah kalian menyembah seorangpun di dalamnya di
samping menyembah Allah" (QS jinn [72]: 18) (HR Ibnu Abi Hatim dalam
Tafsir Jalalain Jilid IV)