APA MAKNA GHAIB?
Foto Sekadar Ilustrasi
Apakah Erti
Ghaib Secara Etimologi / Lughawiy?
Secara tata bahasa
(lughawiy) kata ghoib, menurut lisaanul arab berasal
dari kata ghoba(tidak nampak, tidak hadir) kebalikan dari
kata hadhoro atau dhoharo (hadir atau
nampak). Dalam kamus Lisanul Arab disebutkan bahawa “wal
ghaib: kullu ma ghaaba ‘anka”, ertinya “ghaib itu adalah sesuatu yang
absen / diluar jangkauan Anda”. Maka segala perkara yang ditetapkan bahawa
manusia memang tidak mampu menjangkaunya, adalah termasuk perkara yang ghaib.
Secara tata bahasa
juga erti ghaib adalah tidak terlihat sebagaimana perkataan “bil ghaib” dalam
ayat :
Sesungguhnya yang
dapat kamu beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada azab Rabbnya
(sekalipun) mereka tidak melihatNya (Q.S. Al
Faathir [35] :
18) Perkataan “yakhsyauna robbahum bil ghoib ertinya adalah
takut kepada azab Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihatNya. Maka istilah
ghaib di sini adalah tidak melihatNya
الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَهُم مِّنَ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ
Iaitu orang yang
takut akan adzab Tuhannya walaupun mereka tidak melihatNya (QS. 21:49)
Ghaib juga
berarti ada, tapi tidak diketahui kecuali Allah saja seperti pada (QS. 27:65)
قُل لاَّيَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ الْغَيْبَ إِلاَّ اللهُ
Perkataan “ghoib”
pada ayat di atas, diapit sebelumnya dengan kata “laa ya’lamu” dan
berikutnya dengan kata “illa Allah”.
Apakah Arti Ghaib
Secara Istilah / Maknawiy ?
Kitab (Al Quran)
ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu)
mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan
sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka (Q.S. Al-Baqarah : 2-3)
Menjelaskan ayat di
atas tafsir Jalalain mengatakan yang dimaksud dengan hal ghaib dalam ayat itu
adalah masalah hari kiamat, syurga dan neraka.
Dia adalah Rabb
Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun
tentang yang ghaib itu. (Q.S. Al-Jin : 26)
Apakah dia
mempunyai pengetahuan tentang yang ghaib, sehingga dia mengetahui (apa yang
dikatakan)? (Q.S. An-Najm [53] : 35)
Katakanlah: “Wahai
Allah, Pencipta langit dan bumi, Yang mengetahui barang ghaib dan yang nyata,
Engkaulah Yang memutuskan antara hamba-hamba-Mu tentang apa yang selalu mereka
memperselisihkannya (Q.S. Az-Zumar [39] : 46)
Menurut Jalalluddin
Asy Suyuthi yang dimaksud dengan hal ghaib yang hanya Allah saja yang
mengetahui itu meliputi 5 hal iaitu : Kiamat, Hujan (cuaca), Keadaan Janin
Dalam Rahim, Rezeki, Dan Kematian. Hal ini berdasarkan firman Allah sbb :
“Sesungguhnya
Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah
Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada
seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya
besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati”
(Q.S. Luqman [31] : 34)
Diperkuat lagi
dengan ayat lainnya bahawa di antara hal ghaib adalah masalah kematian, bila
manusia mati, dan bagaimana manusia mati, di belahan bumi mana manusia mati.
Maka tatkala ia
telah tersungkur, tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang
ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan.
(Q.S. Saba [34] : 14)
Diperkuat lagi
dengan ayat lainnya bahawa di antara hal ghaib adalah masalah kiamat,
Dan orang-orang
yang kafir berkata: “Hari berbangkit itu tidak akan datang kepada kami.”
Katakanlah: “Pasti datang, demi Tuhanku Yang Mengetahui yang ghaib,
sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang kepadamu (Q.S.
Saba [34] : 3)
Seorang ulama
Syiria, Sa’id Hawwa berkata dalam kitab tafsirnya, bahawa setan adalah salah
satu zat yang ghaib, kita beriman kepadanya (percaya akan adanya setan). Kita
juga beriman kepada semua yang ghaib yang diberitahukan melalui teks-teks agama
kepada kita. Kita memperlakukan hal-hal yang ghaib sesuai tuntunan firman Allah
dan hadits Rasul. (Al Asas fii Tafsir Jilid I)
Menafsirkan Q.S. 2
: 3-5, Sa’id Hawwa mengatakan : “ghaib” ialah segala yang tidak kelihatan
bagi manusia” Apa saja yang termasuk masalah ghaib iaitu apa saja yang
disampaikan oleh Nabi SAW baik yang berkaitan dengan masalah hari berbangkit,
hisab (perhitungan di akhirat) mahupun berhubungan dengan masalah penciptaan,
pahala dalam sholat sebagaimana kelanjutan ayat wa yuqiimuna sholah, dan masalah
rezeki sebagaimana dalam kelanjutan ayat wa mimma razaqna hum yunfiquun,
kemudian beriman pada kitab kitab sebagaimana ayat walladziina yu’minuuna bimaa
unzila ilaika (beriman pada yang diturunkan kepadamu yaitu kitab-kitab para
Nabi), serta percaya pada hari akhirat sebagaimana kelanjutan ayat wa bil
aakhiroti hum yuuqinuun” (Lihat Al Asas fii Tafsir Jilid I)
Kesimpulannya :
Tidak benar jika yang dimaksud hal ghaib di sini adalah hanya masalah Allah
saja. Kerana masalah lainnya iaitu hal ihwal hari kiamat, syurga neraka, pahala
dan dosa, makhluk-makhluk Allah yang tidak nampak (iaitu jin dan malaikat),
hujan (cuaca), kondisi janin dalam rahim, nasib manusia, takdir, rezeki, jodoh
dan kematian termasuk masalah ghaib.