Foto Sekadar Ilustrasi
KAJIAN MODEN MENGENAI PARANORMAL
Sememangnya diakui bahawa subjek kerohanian
ini merupakan sesuatu yang provokatif. Walaubagaimanapun, pengkajian alam ghaib
pada hari ini bukan sesuatu yang terpencil, ini kerana terdapat pelbagai
individu dan organisasi termasuk intitusi pengajian tinggi yang mengorak
langkah untuk memikul tanggungjawab bagi memahami dan mengkaji alam ghaib atau
paranormal ini menggunakan kaedah saintifik. Sebagai contoh terdapat sebuah
institusi pengajian tinggi di England iaitu Goldsmiths College yang menjadi
sebahagian daripada University of London, telah mewujudkan sebuah unit
penyelidikan di bawah seliaan Professor Christopher C. French bagi mengkaji
kejadian paranormal. Walaupun pasukan ini memberi fokus kepada aspek pengalaman
individu yang telah melalui peristiwa paranormal, namun usaha mereka
memperlihatkan langkah positif untuk memahami dan mengkaji kejadian alam ghaib.
Alam ghaib ialah sesuatu yang tidak boleh dilihat dan ada perkara berkenaan alam ghaib ini yang tidak boleh digambarkan sama sekali dengan akal manusia yang sedia ada seperti syurga dan neraka yang dibawa oleh Islam dan kebanyakan agama di dunia ini. Rohani pula ialah makhluk atau entiti yang menjadi sebahagian daripada alam ghaib ini. Oleh itu spiritual yang sering dikaitkan dengan manusia boleh digolongkan ke dalam kategori makhluk ghaib atau juga sering disebut sebagai makhluk halus oleh kebanyakan orang di negara ini.

Pengkaji paranormal moden banyak bergantung
kepada peralatan dalam usaha menjejaki kewujudan makhluk halus. Istilah yang
sering digunakan dalam mentafsirkan kewujudan makhluk halus ialah seperti orbs,
ektoplasma, vorteks dan sebagainya.
Orb dikatakan sebagai suatu bentuk tenaga yang
pernah mendiami tubuh manusia semasa hidup. Sesetengah pendapat lain mengatakan
orb adalah sejenis hidupan mikro organisma yang tidak mampu dilihat dengan mata
kasar. Ekstoplasma pula berbentuk seperti kabus, asap atau wap yang selalu
kelihatan pada waktu malam. Ia dapat dirakam dengan menggunakan kamera digital atau perakam video
digital. Ektoplasma sering ditemui di kawasanperkuburan atau di kawasan bersejarah. Vorteks pula
berbentuk panjang dan bercahaya putih. Pengkaji paranormal barat mengatakan
bahawa terdapat penurunan suhu ketika kehadiran vorteks. Vorteks juga sering
ditemui di dalam sesebuah kediaman dan bangunan lama.
Waktu dan tarikh yang sesuai untuk mengadakan
kajian turut diutamakan melalui rujukan kepada kalendar lunar. Kalendar lunar
merupakan satu panduan untuk menentukan tarikh bulan penuh kerana adalah
dipercayai sewaktu kitaran bulan penuh, sinaran bulan akan memancarkan sinaran
gelombang elektromagnet ke bumi secara terus serta membekalkan tenaga
elektromagnet dan fenomena ini memungkinkan aktiviti paranormal akan lebih
aktif. Keadaan cuaca juga mempengaruhi aktiviti paranormal kerana cuaca yang
berbeza akan mempengaruhi suhu persekitaran. Oleh sebab itulah banyak filem-filem
seram yang ditayangkan banyak menggunakan tema bulan penuh atau mengambang
sebagai melambangkan klimaks situasi seram. Di barat, fenomena ini disokong
dalam satu kajian sains di barat yang berpendapat bahawa roh dari dimensi lain
akan kembali ke dunia asal berulang kali untuk mendapatkan lebih banyak tenaga
elektromagnet bagi perjalanan ke dimensi yang lebih tinggi lagi.
Dalam kajian lain menunjukkan saintis barat
mula mempercayai kewujudan makhluk halus melalui teori Parallel Dimension. Pada
pendapat mereka setiap individu mempunyai dirinya di dimensi lain dan jarak
dunia sekarang dan dimensi lain ialah hanya 15mm. Setakat ini para saintis dan
ahli fizik hanya mengenalpasti kewujudan 12 dimensi lain yang wujud selari
dengan dunia fizikal. Para pengkaji paranormal barat juga berpendapat bahawa
roh manusia akan berada di dimensi yang lain tetapi berdekatan dengan dimensi
manusia di mana kadangkala gambar foto yang diambil dapat merakam fenomena
tersebut. Sebagai contoh, kononnya ada individu yang melihat hantu berjalan
menuju ke dinding dan terus lenyap ke dalam dinding tersebut. Ini menunjukkan
kemungkinan dinding tersebut merupakan pintu kepada makhluk tersebut untuk
menembusi ke dimensinya. (Dave Oester, 2005). Malah pakar-pakar psikologi barat
menyatakan :
’Dream are the gateway to an inner world, a
world just as real as the one outside. What is outside is also inside; what is
inside is also inside’ – (Reader’s Digest. 1979. How to interpret your dreams.
Reader’s Digest Association Far East Ltd)
Di dalam ajaran Islam, berdasarkan hadis berikut, Rasulullah SAW telah bersabda:
Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya; Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguan, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.(Riwayat Muslim)

Menurut Al-Quran dan As-Sunnah, terdapat
istilah qarin yang bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk halus yang
mengiringi kelahiran seorang bayi. Kewujudannya adalah untuk menggoda manusia,
menampakkan hal-hal yang buruk dan jahat tetapi seolah-olah baik dari pandangan
manusia. (Haron Din, 1990). Seperti dalam firman Allah S.W.T.:
Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.(Surah al-An’am : 112)