MODUS PERANGKAP SETAN
Foto Sekadar Ilustrasi
Sangat penting untuk membahas bagaimana
umumnya modus dan strategi setan dalam menjerumuskan manusia. Hal ini sama
dengan mempelajari bagaimana taktik serangan yang dilakukan musuh terhadap
kita. Dengan cara demikian, diharapkan kita akan mampu menjangka dan tidak
terkecoh. Dan dengan demikian pula kita diharapkan tidak akan terjerumus ke
dalam perangkap setan.
Iblis menjawab: “Kerana Engkau
telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan(menghalang-halangi) mereka
dari jalan Engkau yang lurus, Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka
dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak
akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)” (QS. Al-Araf: 16-17).
1. Pengalihan
Imej Yang Seram Itulah Setan
Salah satu kesalahfahaman mendasar yang
sangat penting dibahas di sini adalah bahawa Iblis sengaja mengalihkan image
bahawa di tempat gelap itulah adanya setan, kubur itu adalah tempatnya setan
dan hal-hal yang seram itulah setan.
Memang hal itu benar adanya, kerana jin
memang menyukai tempat gelap. Namun kita lupa bahawa itu adalah tempat tinggal
mereka, dan bukan tempat kerja atau tempat operasi mereka. Sedangkan tempat
kerja mereka justeru di tempat-tempat keramaian. Sangat tidak masuk akal jika
setan yang kerjanya menggoda dan menyesatkan manusia justeru menyepi dan
berkumpul di tempat sepi yang dijauhi oleh manusia.
Memang benar setan itu berwajah buruk (saya
tidak kata bahawa itu adalah seram). Namun iblis sengaja memperkuat image /
kesan bahawa makhluk-makhluk seram itulah setan. Padahal kemunculan mereka
dalam sosok yang seram itu hanya 1%. Yang 99% mereka muncul sebagai sosok yang
digemari manusia. Iblis dan pasukannya dapat muncul atau merasuk dalam susuk
wanita tercantik di dunia, atau lelaki yang paling gagah. Setan justeru banyak
beroperasi di tempat-tempat keramaian dan tempat-tempat paling gemerlap di
dunia ini kerana disitulah syahwat diagungkan.
Inilah yang dimaksud dengan hadits Rasulullah
SAW :
Wanita adalah alat perangkap
(penjaring) setan. (H.R. Asysyihaab).
Setan juga justru paling banyak berada di
tempat-tempat jual beli kerana disitulah keserakahan dan ketamakan menjadi
menggiurkan.
“Janganlah kalian menjadi orang
yang pertama kali masuk ke pasar atau menjadi orang yang paling akhir keluar
dari pasar, kerana pasar itu merupakan tempat berseterunya para syaithan. Dan
di pasarlah syaithan menancapkan benderanya” (H.R. Muslim)
2. Membuat
Lupa Mengingat Allah
Syaitan telah menguasai mereka lalu
menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan.
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang
merugi (Q.S. Al-Mujadilah [58] :19)
3. Memandang
Baik Perbuatan Buruk
Ini adalah modus penyesatan setan yang paling
umum dan paling luas. Jin sering membisikkan logik dan fikiran yang sesat untuk
menjerumuskan manusia ke jalan yang salah atau membenarkan tindakan yang keji.
Caranya adalah dengan membisikkan justifikasi (pembenaran) atas tindakan keji tersebut.
Kemudian syaitan membisikkan fikiran
jahat kepadanya (Q.S. Thahaa [20] : 120)
Hai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti
langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan
perbuatan yang keji dan yang mungkar (Q.S. An-Nuur
[24] : 21)
Dan setan menjadikan mereka
memandang baik perbuatan mereka (Q.S.
29:38)
Dengan cara seperti ini manusia menjadi yakin
bahawa tindakannya itu benar dan tidak membuat kerosakan padahal tidak demikian
adanya.
Sebagai contoh kami pernah menjumpai kes
seorang wanita yang lelah dan jenuh dengan sihir yang ditimpakan kepadanya lalu
setan membisikinya bahawa jika ia menikah dengan lelaki non-muslim maka sihir
itu menjadi hilang/musnah. Jelas ini adalah logik bathil yang dibisikkan jin
sihir itu. Kalaupun jin sihir itu benar-benar keluar dari tubuhnya tentu saja
itu kerana ia telah cukup puas dengan kesesatan wanita itu yang akhirnya telah
menjual aqidahnya dan berpindah agama.
4. Menakut-nakuti
Salah satu modus setan dalam menjerumuskan
manusia adalah dengan menakut-nakuti dengan sesuatu yang seram, takut tempat
gelap, takut sendirian, takut masuk hutan dsb
Sesungguhnya mereka itu tidak lain
hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang
musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi
takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman” (QS. Ali Imran [3] : 175).
5. Ketamakan
dan Keinginan Yang Tiada Habisnya
Dijadikan indah pada (pandangan)
manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita,
anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan,
binatang-binatang ternak[186] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di
dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga) (Q.S. Ali Imran [3] :14)
Dan setan pun memasukkan godaan
terhadap keinginan-keinginan itu (Q.S.
22:52)
6. Membisikkan
Was-Was Dan Rasa Khuatir
Ini juga termasuk modus penyesatan setan yang
paling umum, iaitu membisikkan rasa khuatir yang belum tentu dan belum pasti.
Sedangkan rasa khuatir tersebut akhirnya menghalangi kita untuk berbuat ke arah
yang lebih baik. Misalnya ketika seorang wanita hendak berjilbab lalu ia
diliputi keraguan dan was-was bahawa ia nanti akan kesulitan mendapat jodoh
atau pekerjaan
Setan menjanjikan (menakuti) kamu
dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kikir(Q.S. Al-Baqarah [2] : 268)
Gara-gara sifat tamak dan kikir, setan
kemudian mengipasi manusia untuk saling berperang
Takutlah kamu sekalian pada
kekikiran kerana kekikiran itu telah membinasakan umat sebelum kalian, dan hal
itulah yang mendorong mereka untuk mengadakan pertumpahan darah serta
menghalalkan apa-apa yang diharamkan bagi mereka”. (H.R Muslim)
Oleh kerana itu Rasulullah mengajarkan kita
untuk berlindung dari sifat malas dan kikir yang dihembuskan setan
Dari Said bin Abu Waqqash r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w. senantiasa berlindung diri sehabis sholat iaitu dengan
mengucapkan kalimat-kalimat: AIlaahumma innii a’uudzu bika minajubni wal-bukhli
wa a ‘uudzu bika min an uradda ilaa ardzalil-’umuri wa a’uudzu bika min
fitnatid-dunyaa wa a’uudzu bika min fitnatil-qabri (Wahai Allah sesungguhnya
saya berlindung diri kepada-Mu dari pada sifat penakut dan kikir. Saya berlindung
diri kepada-Mu daripada dilanjutkan usia hingga umur yang hina tidak mampu
untuk berbuat apa-apa. Dan saya berlindung diri kepada-Mu dari fitnah dunia;
serta saya berlindung diri kepada-Mu dari fitnah kubur). (H.R. Bukhari)
Setan juga memasukkan rasa was-was ke dalam
dada manusia. Jika kita mengalami godaan was-was seperti ini hendaklah
berlindung pada Allah dengan membaca ayat-ayat Qur’an dan memantapkankembali
pemahaman agamanya, dan membaca Q.S. An-Naas.
“(Aku berlindung dari setan) yang
membisikkan was-was ke dalam dada manusia, dari golongan jin dan manusia”
(Q.S. 114 : 5-6)
7. Melakukan
Perbuatan Keji
Salah satu kesenangan jin adalah melakukan
perbuatan keji, maka ia pun membisikkan idea-idea perbuatan keji ke dalam
sanubari manusia. Barang siapa mengikuti langkah-langkah setan, maka
sesungguhnya setan itu menyuruh perbuatan keji dan mungkar (Q.S.
An-Nuur [24] : 21)
Sesungguhnya setan itu hanya
menyuruh kamu berbuat kerosakan dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa
yang tidak kamu ketahui (Q.S. Al-Baqarah [2] : 169)
Maka syaitan membisikkan fikiran
jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari
mereka iaitu auratnya (Q.S. Al-A’raaf [7] : 20)
Maka kami memiliki pengalaman dalam beberapa
kes dimana orang yang tidak dapat berhenti dari perbuatan keji ternyata memang
terdapat penyusupan jin di dalam tubuh dan otaknya.
a. Kelainan Sex.
Kami memiliki pengalaman seorang pemuda yang
tidak boleh berhenti dari sex addicted (kecanduan sex) dan ternyata itu tidak
terlepas dari penyusupan jin di dalam tubuhnya. Ia baru sembuh setelah
dilakukan ruqyah selama bertahun-tahun. Hal ini tidak terjadi pada laki-laki,
kami juga pernah menjumpai seorang wanita yang gemar melakukan zina ternyata
belakangan baru diketahui bahwa hal itu disebabkan jin pengasih yang merekayasa
sedemikian rupa hingga wanita itu memiliki magnet daya tarik bagi setiap lelaki
yang melihatnya, sementara secara bersamaan jin lainnya yang berada di dalam
rahimnya mendorong wanita itu untuk terdorong melakukan zina dengan setiap
lelaki yang ditemuinya.
b. Perbuatan Keji Sebagai Syarat
Mendapatkan Ilmu Ghaib
Telah masyhur di kalangan penuntut ilmu ghaib
atau pencari ilmu kesaktian aliran hitam bahawa untuk memiliki ilmu ilmu ghaib
itu disyaratkan melakukan hal-hal yang keji. Kami pernah menjumpai
seorang pemuda yang mencari ilmu kesaktian di Suku Dayak Kalimantan dan disyaratkan
meminum darah, serta merosak kehormatan 125 orang wanita.
Semakin ajaib atau semakin tinggi kadar
kesaktian yang dituntut, maka akan semakin keji perbuatan yang dijadikan
syaratnya. Untuk ilmu tidak mempan dibacok mungkin syaratnya hanya puasa mutih
40 hari dan berendam di sungai selama 40 malam. Namun untuk ilmu meraga sukma
atau menghilang disyaratkan memakan daging mayat atau membuang sobekan
Al-Qur’an di dalam ruangan khusus yang berisi jamban / kakus. Hal ini sungguh
terjadi. Misalnya seperti kes Sumanto dimana untuk mencari ilmu kesaktian ia
harus memakan sekian banyak mayat.
8. Membangkitkan
Angan Angan Kosong
Setan itu mengatakan ; “aku akan
benar-benar mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan
(untuk saya). Aku benar-benar akan menyesatkan mereka dan akan membangkitkan
angan-angan kosong pada mereka” (Q.S.
An-Nisaa [4] : 118-119)
Syaitan itu memberikan janji-janji
kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan
itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka (Q.S. An-Nisaa [4] : 118-120)
9. Mengubah
Ciptaan Allah
“.. dan akan menyuruh mereka
(mengubah ciptaan Allah) dan benar-benar mereka akan mengubahnya” (Q.S.
An-Nisaa [4] : 119)
Demikian pula ada kes wanita yang selalu
dibisiki dalam hatinya bahawa sesungguhnya dirinya adalah seorang laki-laki
yang terjebak di dalam tubuh wanita. Atau seorang perias pengantin yang seorang
pondan ternyata juga terdapat jin maknyah di dalam tubuhnya. Ia baru dapat
terbebas dari perasaan abnormal dalam dirinya setelah menjalani terapi ruqyah
yang sangat melelahkan.
“Perbuatan lesbian di antara kaum wanita
adalah perzinaan”. (H.R. Ath-Thabrani)
Dalam beberapa kes kami jumpai
perbuatan lesbi dan homo tak terlepas dari pengaruh jin dalam diri manusia.
Terbukti setelah beberapa kali diruqyah ia dapat disembuhkan dari orientasi sex
yang abnormal dalam dirinya
10. Berfilsafat,
Dialetika dan Beretorika Untuk Mengacaukan Fikiran
Setan juga membantu memasukkan gagasan dan
idea-idae serta pemikiran yang sesat kepada orang-orang munafiq, orientalis
atau manusia-manusia yang menyimpan kedengkian terhadap Islam.
Dan demikianlah Kami jadikan bagi
tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan
jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain
perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu
menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan
apa yang mereka ada-adakan. Dan (juga) agar hati kecil orang-orang yang tidak
beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu, mereka merasa
senang kepadanya dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka (syaitan)
kerjakan. (Q.S. Al-An’aam [6] : 112-113)
Maka melalui mulut-mulut dan corong kaum
munafiq dan orientalis inilah setan jin dan setan manusia bermaksud membuat
bingung orang-orang, dan melemahkan orang yang lemah iman dan menggoyahkan
orang yang masih tipis pemahaman agamanya.
Seorang laki-laki datang kepada Ibnu Abbas
r.a. lalu berkata : “Abu Ishaq berkata bahwa pada malam tadi telah turun
wahyu kepadanya (Abu Ishaq)”. Lalu Ibnu Abbas berkata : “Wahyu itu
terbagi dua ada wahyu dari Allah dan ada wahyu dari syaithan, maka wahyu Allah
turun kepada Muhammad Rasulullah Shalallahu alaihi wa salam, sedangkan wahyu
setan turun kepada para pengikutnya lalu beliau (Ibnu Abbas) membaca ayat : Wa
innasysyaithoona layuu huuna ilaa auliya ihim (dan syaithan itu membisikkan
kepada kawannya untuk membantah kamu (membantah apa yang dibawa oleh Muhammad) (Ibnu
Katsir II/170)
Mereka berkehendak memadamkan
cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak
menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir
tidak menyukai (Q.S. At-Taubah [9] : 32)
Mereka ingin memadamkan cahaya
Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan
cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya (Q.S. Ash-Shaaf [61] : 8)
Maka jika memadai ilmu kita, balaslah logik
sesat mereka dengan logik yang lebih baik. Bantahlah perkataan mereka dengan
perkataan yang lebih baik.
Serulah (manusia) kepada jalan
Tuhan-mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan
cara yang baik. (Q.S. An Nahl [16] : 125)
Namun jika kita masih merasa lemah iman dan
minim ilmu maka cara terbijak adalah diam dan meninggalkan majelis mereka.
Dan tinggalkan lah orang-orang yang
menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau (Q.S. An-Aam [6] : 70)
Kuncilah lidah kecuali untuk segala
hal yang baik. Dengan demikian kamu dapat mengalahkan setan. (H.R. Ath-Thabrani)
11. Boros dan
Menghilangkan Keberkahan Rezeki
Sesungguhnya pemboros-pemboros itu
adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada
Tuhannya. (Q.S. Al-Israa’ [17] : 27)
12. Membisikkan Sifat
Tergesa-gesa Dan Tidak Cermat
Ketenangan (sabar dan berhati-hati)
adalah dari Allah dan tergesa-gesa (terburu-buru) adalah dari setan. (H.R. Asy-Syihaab)
13. Perselisihan dan
Perseteruan
Dan katakanlah kepada
hamba-hamba-Ku: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik
(benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka.
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia (Q.S. Al-Israa’ [17] : 53)
Setan akan memancing kemarahan dan
perselisihan untuk memecah belah manusia. Termasuk di dalam tubuh umat Islam, dalam
tubuh jamaah Islam, dalam barisan umat Islam, maka perselisihan dan persaingan
adalah senjata yang paling ampuh.
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud
hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu (Q.S. Al-Maa’idah [5] : 91)
Dua orang pemuda saling mencaci di
hadapan Rasulullah SAW. lalu mulailah mata salah seorang dari mereka memerah
dan urat lehernya membesar. Rasulullah SAW. bersabda: Sesungguhnya aku tahu
suatu kalimat yang apabila diucapkan, maka akan hilanglah kemarahan yang
didapati iaitu “Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan yang
terkutuk”. (H.R. Muslim No.4725)
14. Melalaikan Dari
Allah
Salah satu modus setan yang paling umum
adalah membuat sesuatu itu menjadi mengasyikkan sehingga kita menjadi lalai
dari mengingat Allah. Apapun itu bentuknya boleh jadi muzik, baca buku,
internet, main game dll.
Syaitan telah menguasai mereka lalu
menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan.
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi. (Q.S. Al-Mujadilah [58] : 19)
Dan ingatlah pada hari ketika Dia
mengumpulkan mereka semua : “Wahai golongan jin, kamu telah banyak menyesatkan
manusia”. Maka kawan-kawan mereka dari golongan manusia berkata : “Ya Tuhan,
kami telah saling mendapatkan kesenangan” (Q.S. 6:128)
Malaikat-malaikat itu menjawab:
“Maha Suci Engkau. Engkaulah pelindung kami, bukan mereka; bahkan mereka telah
menyembah jin kebanyakan mereka beriman kepada jin itu “ (Q.S. Saba [34]:41)
Telah menceritakan kepadaku Hajjaj bin Asy
Sya’ir telah menceritakan kepada kami Abdushshamad bin Abdulwarits telah
menceritakan kepadaku ayahku telah menceritakan kepada kami Husain dari Qatadah
dari Abdullah bin Ma’bad Az ZImmani dari Abdullah bin Utbah dari Abdullah bin
Mas’ud: “Mereka itulah orang-orang yang selalu berdoa dan mencari kepada
Rabb mereka wasilah.” (Al Israa`: 57) Ia berkata: Turun berkenaan dengan
segolongan orang arab, mereka menyembah sekelompok jin lalu para jin itu masuk
Islam sementara orang-orangnya tetap menyembah mereka tanpa mereka sedari.
Kemudian turun ayat: “Mereka itulah orang-orang yang selalu berdoa dan mencari
kepada Rabb mereka wasilah.” (Al Israa`: 57 (H.R. Muslim No. 5358)
Hai anak Adam, janganlah
sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaithan” (Q.S. Al-Araf : 27).
Barangsiapa yang menjadikan
syaithan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita
kerugian yang nyata” (Q.S. An-Nisaa : 119)
Dia (iblis) berkata: “Terangkanlah
kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku?Sesungguhnya jika Engkau
memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku
sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil” (Q.S. Al-Isra : 62)
“Sesungguhnya syaitan-syaitan itu
hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala” (Q.S. Fathir : 6)
Bujukan orang-orang munafik itu
adalah) seperti (bujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: “Kafirlah
kamu”, maka tatkala manusia itu telah kafir, maka ia berkata: “Sesungguhnya aku
berlepas diri dari kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Rabb
semesta Alam” (Q.S. Al-Hasyr : 16)..
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah
telah memerintahkan saya untuk mengajarkan kepada kalian apa yang kalian belum
ketahui yang pada hari ini Allah baru saja mengajarkannya kepada saya. Allah
berfirman: “Seluruh harta yang Aku karuniakan kepada hamba adalah halal. Aku
menciptakan hamba-hambaKu semuanya suci, bersih dan lurus. Hanya saja, syaithan
datang menggoda mereka. Syaithanlah yang memalingkan mereka dari agama mereka
yang lurus, syaithan juga yang mengharamkan apa yang Aku halalkan kepada
mereka. Mereka juga menganjurkan dan mengajak para hamba untuk menyekutukanKu
dengan sesuatu yang Aku sendiri belum menurunkan ilmu kepadanya”(HR. Muslim)
“Rasulullah Saw bersabda: “Ingatlah,
bahwasannya syaithan sudah putus asa untuk disembah dinegeri kalian ini. Akan
tetapi kalian akan mentaatinya dalam perbuatan-perbuatan yang oleh kalian
sendiri dipandang hina, dan syaithan akan meridhainya” (H.R. Tirmidzi dalam Shahih Sunannya)
Jabir berkata, Rasulullah s.a.w
bersabda: “Sesungguhnya syaithan telah putus asa untuk disembah oleh
orang-orang yang sholat di daerah Arab, akan tetapi (syaithan akan diikuti)
dalam hal persaingan dan saling kasar di antara mereka” (H.R. Muslim)
Dari Saburah bin Abi Fakih bahwasanya ia
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya syaithan selalu duduk
(menggoda) keturunan Adam di semua sisi dan jalannya. Ia duduk di jalan Islam
sambil berkata: “Kamu masuk Islam dan meninggalkan agamamu, agama bapak dan nenek
moyangmu, mengapa?” Lalu hamba itu tidak menghiraukannya dan ia tetap masuk
Islam. Kemudian syaithan duduk di jalan hijrah sambil berkata: “Mengapa kamu
berhijrah segala sementara kamu meninggalkan tanah air dan hartamu?” Hamba itu
tidak mempedulikannya, dan ia pun tetap hijrah. Kemudian syaithan duduk di
jalan jihad sambil berkata: “Mengapa kamu hendak berjihad segala, padahal
dengan demikian kamu akan mengorbankan harta dan nyawa kalau kamu akan
terbunuh. Mendingan kamu menikah dengan seorang wanita, lalu berbagi harta
dengannya?” Hamba tadi tidak memperdulikannya, da ia pun tetap berjihad.
Rasulullah bersabda kembali: “Barangsiapa yang melakukan hal demikian, maka
Allah berhak untuk memasukkannya ke dalam syurga. Barang siapa yang terbunuh
(dalam medan perang) atau tenggelam,maka Allah berhak untuk memasukkannya ke
dalam syurga” (H.R. Nasai)